fbpx

Dua lelaki ditahan buang kulit durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki ditahan kerana membuang kulit durian di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Mawar di Sungai Ruan, Raub.

RAUB – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menahan dua lelaki kerana membuang kulit durian di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Mawar di Sungai Ruan semalam.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid berkata, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki membuang kira-kira 500 kilogram kulit durian di dalam kebun kelapa sawit berkenaan.

“Hasil maklumat awam kedua-dua suspek ditahan dalam operasi yang dilakukan di kawasan berkenaan pada pukul 3 petang.

“Kita sangat kesal kerana masih ada pihak yang masih berdegil melakukan kesalahan ini dan mengalu-alukan sebarang maklumat oleh orang ramai,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu melonggokkan dan melupuskan sisa kulit durian di tempat yang tidak dibenarkan.

Katanya siasatan lanjut dilakukan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Pada 15 Julai lalu seorang lelaki ditahan ketika membuang kira-kira satu tan kulit durian di tepi jalan berhampiran kawasan perkuburan Sempam di sini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI