fbpx

Banjir dekat Gunung Jerai bukan akibat pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menghadiri taklimat bencana di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Yan malam ini.

YAN – Banjir yang berlaku di beberapa kawasan dekat Gunung Jerai di sini hari ni bukan berpunca daripada aktiviti  pembalakan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tiada pembalakan berlaku di kawasan itu.

“Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana kawasan itu telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

“Sebaliknya kejadian itu berlaku akibat fenomena kepala air yang turut membawa kayu-kayu balak berikutan arus terlalu deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Kejadian banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga paras 1.5 meter.

Selain itu, berlaku juga kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai yang mengakibatkan beberapa individu cedera manakala beberapa orang lagi dilaporkan terperangkap di atas gunung tersebut.

Kejadian itu dipercayai merupakan yang terburuk pernah dialami di kawasan tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI