fbpx

Tiada kompromi penjenayah cemar Sungai Penchala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ikan yang mati akibat pencemaran efluen di Sungai Penchala, Seksyen 14, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan ratusan ikan mati di Sungai Penchala, Seksyen 14, Petaling Jaya dekat sini, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan kronologi mendapati aduan telah diterima Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 12 Ogos lalu sebelum mengesan pelepasan bahan kimia daripada sebuah kilang berhampiran Jalan Professor Koy Khee Kim yang menjadi punca kejadian berkenaan.

Katanya, kilang itu terletak 165 meter ke Sungai Penchala.

“Kejadian di Sungai Penchala baru-baru ini telah diambil maklum dan disiasat lanjut oleh agensi berkaitan.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan jenayah alam sekitar dan memastikan tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, pemeriksaan lanjut di premis kilang berkenaan juga mendapati efluen mentah dilepaskan ke longkang, setelah ujian pH merekodkan bacaan 10 dengan pensampelan untuk analisa dilaksanakan.

“LUAS akan mengambil tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 79(1)(a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM1 juta, jika sabit kesalahan,” tegasnya

Kosmo! sebelum ini melaporkan tindakan sebuah kilang melepaskan efluen ke longkang disyaki menjadi punca pencemaran air serta mengakibatkan kematian ratusan ekor ikan di Sungai Penchala di sini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI