PUTRAJAYA – Kerajaan menyokong penuh pembangunan industri francais secara norma baharu khususnya dalam kalangan siswazah bagi memastikan aktiviti pembangunan kepimpinan dan keusahawanan mahasiswa dapat diteruskan walaupun dikekang oleh pandemik Covid-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, penganjuran Program Francais Siswa (PFS) 2021 misalnya mencerminkan komitmen kerajaan dalam usaha menarik lebih ramai usahawan terutamanya mahasiswa menceburi perniagaan francais.
“Saya melihat Program Francais Siswa ini adalah medium signifikan untuk melahirkan bukan sahaja usahawan biasa tetapi generasi franchisor akan datang yang akan membimbing francaisi di bawah kepimpinannya dan membawa jenama Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program itu secara maya di sini hari ini yang turut disertai 500 peserta daripada 20 buah universiti awam dan tiga politeknik premier.
Peserta PFS 2021 akan bersaing dalam Cabaran Niaga Francais untuk merebut geran pembangunan perniagaan francais bernilai sehingga RM100,000 di bawah KPDNHEP. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929