fbpx

Pelarian wanita Afghanistan diberi keutamaan perlindungan di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warganegara Britain dan pemilik dua kewarganegaraan yang menetap di Afghanistan dipindahkan ke Britain. - UK MOD

LONDON – Puluhan ribu pelarian Afghanistan bakal diberi perlindungan di Britain di bawah pelan kecemasan yang dirangka jemaah menteri, lapor akhbar Daily Mail.

Wanita dan perempuan yang haknya dikhuatiri berada dalam bahaya di bawah rejim Taliban akan diberikan keutamaan istimewa di bawah program perlindungan tersebut.

Projek penempatan semula rakyat Afghanistan dijangka sama dengan projek yang telah membenarkan lebih daripada 20,300 warga Syria melarikan diri ke Britain sejak lebih tujuh tahun lalu.

“Semua pihak kini berperanan penting untuk mengelak kegagalan Afghanistan dan ini termasuk memberikan semua bentuk perlindungan kepada golongan itu yang ketika ini memerlukan pertolongan,” kata jurucakap kerajaan.

Menteri kabinet termasuk Setiausaha Luar Negeri, Dominic Raab dan Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel kelmarin memuktamadkan perincian program itu sebelum menyerahkannya kepada Perdana Menteri Boris Johnson.

Johnson berhasrat mengadakan mesyuarat maya dengan pemimpin negara kuasa besar G7 termasuk Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dengan kadar segera.

Beliau bercakap kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron kelmarin dan berharap untuk mengadakan mesyuarat dengan lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam masa terdekat.

Pengerusi jawatankuasa pertahanan Commons, Tobias Ellwood berkata bahawa angka yang diterima oleh Britain ‘sekurang-kurangnya’ mencecah puluhan ribu.

“Semua negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) perlu bekerjasama bagi menyelaraskan usaha untuk memudahkan kedatangan ratusan ribu keluarga yang melarikan diri dari Afghanistan,” katanya.

Program penempatan semula itu akan menawarkan jalan keluar kepada ribuan penduduk Afghanistan namun jumlah hadnya masih dimuktamadkan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI