fbpx

Lelaki dikecam menipu daki Gunung Merapi ketika letusan lahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di laman Twitter yang mendakwa seorang lelaki mendaki Gunung Merapi ketika letusan aktif berlaku pada 15 Ogos lalu. - Twitter

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang kecaman netizen apabila mendakwa berjaya mendaki Gunung Merapi di Jogjakarta ketika insiden letusan lahar dilaporkan b erlaku sejak beberapa hari lalu, lapor portal berita Suara.com semalam.

Menurut keterangan video di laman Twitter itu, lelaki berkenaan mendakwa telah berjaya mendaki Gunung Merapi pada 15 Ogos lalu.

Bagaimanapun, kemas kini itu mengundang persoalan pengguna media sosial kerana penduduk Indonesia masih menjalani perintah darurat dan semua lokasi percutian sudah ditutup akibat penularan Covid-19.

“Kenapa saya rasa keterangan gambar ini seperti satu penipuan kerana sekarang, seluruh Indonesia dikenakan perintah darurat?” soal seorang pengguna media sosial.

“Menyusahkan pasukan penyelamat sahaja kalau tiba-tiba mati di puncak sana,” komen seorang lagi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sub Tata Usaha Balai Taman Nasional Gunung Merapi (BTNGM), Ahkmadi berkata,  pihaknya yakin gambar yang dirakam bukanlah dalam masa terdekat.

Ini kerana semua aktiviti pendakian di Gunung Merapi sudah dihentikan dan kawasan itu dikawal ketat oleh anggota penguatkuasa.

“Jika dilihat pada gambar, masih kelihatan rumput pada kawasan sekitar gunung. Ia sesuatu yang mustahil untuk rumput masih hidup pada ketika ini kerana letusan lahar sejak kebelakangan ini mematikan kebanyakan tumbuhan di lereng gunung.

“Maka, saya tidak rasa gambar itu diambil pada tarikh 15 Ogos. Mungkin ia gambar lama ketika gunung belum mula meletus,” jelas Ahkmadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI