fbpx

Gunung Merapi hambur lahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAHAR dilihat mengalir dari Gunung Merapi dengan jarak menjangkau 1.2 meter. - AFP

JAKARTA – Gunung Merapi di sempadan daerah Jogjakarta dan Jawa Tengah  dilihat memuntahkan lahar sebanyak 20 kali dengan jarak pengaliran maksimum sejauh 1.2 meter ke arah barat daya, lapor portal Suara.com, hari ini.

Pemerhatian aktiviti gunung paling aktif di Indonesia itu dibuat dari pukul 12 tengah malam Khamis hingga pukul 6 pagi Jumaat.

Ketua Balai Penyelidkan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG),  Hanik Humaida berkata, gunung itu turut mengalami gegaran sebanyak 43 kali dengan amplitud tiga hingga 30 milimeter (mm) selama 11 hingga 137 saat dan amplitud lima hingga 15mm  selama 12 hingga 18 saat.

“Asap kawah dilihat berwarna putih dengan ketinggian sehingga 200 meter dari atas puncak Gunung Merapi.

“Cuaca di gunung tersebut cerah dan berawan manakala angin bertiup lemah ke arah tenggara dengan suhu udara 13 hingga 20 darjah Celsius,” katanya.

Pemerhatian pada Khamis dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam pula merekodkan Gunung Merapi mengeluarkan lahar sebanyak 25 kali dengan jarak maksimum satu meter ke arah barat daya.

Setakat ini BPPTKG meletakkan status Gunung Merapi pada Tahap III atau bersiap sedia.

Aliran lahar Gunung Merapi dijangka akan menjejaskan wilayah di selatan dan barat daya meliputi Sungai Kuning, Boyong, Bedog, Krasak, Bebeng dan Putih.

Jika terjadi letusan, ia diangka menjangkau radius tiga kilometer dari puncak gunung tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI