fbpx

Bedah siasat tiga mangsa rentung pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu rentung di dalam kereta Toyota Vios di Jalan Masjid Negeri, George Town awal pagi semalam.

GEORGE TOWN – Mayat tiga mangsa rentung dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Masjid Negeri di sini semalam akan dibedah siasat di Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 9 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada waris kesemua mangsa namun ada warga tempatan mengatakan kemungkinan mangsa adalah anak mereka.

“Pihak polis tidak akan membuat sebarang kesimpulan tentang identiti mangsa sehingga proses pengecaman mayat dijangka dibuat pagi esok selepas selesai bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan tiga individu ditemui dalam keadaan rentung selepas kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki mereka terbakar dipercayai merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Masjid Negeri kira-kira pukul 2.45 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI