fbpx

Agong titah semua parti politik bekerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi pandemik Covid- 19 serta isu ekonomi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut bertitah supaya isu pelantikan Perdana Menteri baharu diselesaikan melalui lunas Perlembagaan.

“Semua ketua parti politik yang dijemput menghadap Tuanku telah memberikan pandangan masing-masing dan (ketua parti politik) dilihat mempunyai konsensus untuk menghentikan politik lama.

“Ia dengan cara menjurus semula ke arah membangunkan negara,” katanya sebaik keluar dari pintu 2, Istana Negara di sini hari ini.

Anwar turut memberitahu, sesi menghadap ini bukan semata-mata membabitkan isu pelantikan seorang Perdana Menteri baharu.

“Al-Sultan Abdullah mahu parti politik menggagaskan satu bentuk politik baharu yang lebih aman untuk rakyat,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI