fbpx

Ab. Ghani dilantik Presiden MFL baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI menyambut baik langkah kerajaan membenarkan semula penyokong hadir ke stadium sekali gus mampu melonjakkan industri bola sepak negara selepas terjejas akibat Covid-19.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan Datuk Ab. Ghani Hassan dinaikkan pangkat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Presiden MFL baharu berkuat kuasa serta-merta semalam.

Pelantikan itu dibuat me­nerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL hasil mesyua­rat semalam selepas menerima surat peletakan jawatan Datuk ­Hamidin Mohd. Amin pada 12 Ogos lepas.

Ahli Lembaga Pengarah MFL, Joehari Ayub berkata, kesemua tujuh Ahli Lembaga Pengarah yang bersidang sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Ab. Ghani bagi menggantikan posisi ditinggalkan oleh Hamidin.

“Hamidin telah mengotakan janjinya dan beliau sendiri telah menyatakan untuk melepaskan jawatan Presiden MFL ketika berucap dalam Kongres Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-57 pada Mac lalu.

“Kami mengakui sedih dengan keputusan itu tetapi kita harus menghormati keputusan yang telah dibuat dan berterima kasih di atas segala sumbangan serta komitmen tinggi Hamidin sepanjang menerajui MFL.

“Justeru, selepas mengadakan perbincangan, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan untuk memilih Ab. Ghani sebagai presiden baharu.

“Pemilihan Ab. Ghani dilihat satu langkah dinamik, malah beliau merupakan CEO MFL dan lebih arif mengenai sistem pe­ngurusan Liga Malaysia ketika ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Joehari memaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah MFL akan mengumumkan calon CEO MFL baharu dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Ab. Ghani.

“Buat masa ini, Ab. Ghani akan memangku tugas CEO MFL buat sementara waktu dan beliau akan mengumumkan pelantikan CEO yang baharu pada me­syuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI