fbpx

Kabinet PN letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabinet PN.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tangkap layar Instastory di akaun Instagram milik Khairy Jamaluddin.

“Kabinet telah menyerahkan peletakan jawatan kepada Agong. Terima kasih atas peluang untuk sekali lagi berkhidmat kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya dalam hantaran Instagram Story sebentar tadi.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat khas Kabinet, dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini di Bangunan Perdana Putra.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Istana Negara kembali menjadi tumpuan media hari ini bagi membuat liputan mengenai perkembangan terkini isu politik negara.

Hampir 100 petugas media dari pelbagai agensi mula memenuhi kawasan di pintu satu Istana Negara sejak 7 pagi, bagi menanti sebarang kemungkinan, termasuk ketibaan pemimpin politik untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia susulan satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Muhyiddin yang dijangka akan mempersembahkan keputusan peletakan jawatan beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI