fbpx

Gara-gara seorang ‘degil’, 13 ahli keluarga positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tembual Aznil bersama Zura yang dikongsi di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Akibat kedegilan seorang lelaki yang suka merayau walaupun ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya 13 ahli keluarga termasuk dirinya disahkan positif Covid-19.

Kisah malang itu dikongsikan sebuah keluarga ketika ditemu bual oleh pelakon dan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi sebelum dia memuat naiknya di laman Facebook.

Menurut anak sulung keluarga berkenaan yang dikenali Zura, hanya seorang sahaja ahli keluarganya tidak dijangkiti Covid-19 kerana ketika itu kerana pulang ke rumah mentuanya.

“Kejadian ini berlaku tidak sampai seminggu Hari Raya Haji, adik saya ni lelaki, keluar merayau tak pakai ‘face mask’. Kemudian dia balik dia demam.

“Kami tanya dia ada buat ‘swab test’ tak? Dia kata dah buat, tetapi rupanya dia menipu. Bermula dengan dia, kemudian adik saya demam akhirnya semua kami 13 sekeluarga disahkan dijangkiti Covid-19,” katanya pada temu bual tersebut.

Pada masa sama, Zura turut berkongsi pengalamannya semasa mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerana dia antara yang paling terjejas kesihatannya akibat Covid-19.

“Sangat trauma ketika semasa di hospital, orang mati lalu-lalang, setiap hari ada orang mati, paling dekat sebelah katil saya ada orang mati.

“Lapan hari saya berada di wad, selama itu saya tak boleh tidur kerana saya bimbang jika saya tidur saya tak bangun lagi,” jelas Zura yang turut memberitahu dua adiknya yang juga orang kelainan upaya turut disahkan positif Covid-19.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna Facebook turut berkongsi kisah mereka dijangkiti Covid-19 dan menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa berada di luar rumah.

“Dekat rumah saya ada empat orang semuanya positif, suami,mak saya dan nenek saya.

“Simptom akak itu semua benar belaka, demam Covid badan semua sakit2, saya sakit sampai ke tulang rasa, nak bernafas pun sakit pedih pun ada, akhirnya saya dihantar ke Maeps sebabkan golongan berisiko(pregnant),” tulis Intan Najeeha.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Suri Aidil.

“Sebab tu kena ada kesedaran, kita semua berisiko menjadi pembawa, jadi jangan keluar selagi tiada keperluan dan pakai lah mask sentiasa.

“Yang akan jadi mangsa ahli keluarga yang dok diam dalam rumah tu, selagi tak kena, selagi tu ada yang ambil mudah,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI