fbpx

Dalang judi laga ayam diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pondok kayu di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor yang dijadikan lokasi PATI untuk berjudi sabung ayam.

KOTA TINGGI – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia berjaya ditangkap di sebuah pondok kayu di Felda Bukit Waha di sini bersama 16 ekor ayam yang digunakan untuk bermain sabung judi ayam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua lelaki berusia 25 hingga 59 tahun itu diberkas kira-kira pukul 10 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi.

“Pihak polis juga telah merampas 13 ekor ayam kampung, tiga ekor ayam laga, wang tunai RM488 dan juga barang- barang yang digunakan sebagai persediaan laga ayam.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri direman selama 14 hari sehingga 28 Ogos untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) ARJT 1953, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya kes juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI