fbpx

The Red Devils mengamuk hancurkan Leeds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (tengah) meraikan kejayaannya meledak hatrik ke atas Leeds dalam aksi EPL di Old Trafford malam tadi. - AFP

MANCHESTER – Manchester United membuktikan status sebagai pencabar utama merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila berkenduri gol membelasah Leeds United 5-1 di Stadium Old Trafford malam tadi.

Lebih menarik, perancang tengah United, Bruno Fernandes berada dalam kelas tersendiri selepas berjaya meledak hatrik pada minit ke-30, 54 dan 60.

Dua lagi gol The Red Devils dalam aksi itu dijaringkan oleh Mason Greenwood pada minit ke-52 dan Fred (m-68), manakala Luke Ayling menghadiahkan jaringan sagu hati buat Leeds.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu melonjak ke tangga teratas dengan memintas pendatang baharu EPL, Brentford yang terdahulu memalukan Arsenal menerusi kemenangan 2-0 awal pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI