fbpx

Bukan langkah bijak, Sweet Qismina tak setuju sekolah dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWEET Qismina tidak akan membenarkan adiknya kembali ke sekolah pada September depan kerana bimbang dengan kes Covid-19 yang masih membimbangkan.

PETALING JAYA – Keputusan kerajaan yang memutuskan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan menerima pelbagai respons daripada ramai pihak.

Pelakon Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut memandangkan buat masa ini pelajar sekolah belum menerima suntikan vaksin.

Kata Sweet, dia tidak akan membenarkan adik perempuannya kembali mengikuti pembelajaran di sekolah kerana bimbang dengan keselamatan memandangkan kes Covid-19 masih membimbangkan ketika ini.

“Ya, tolonglah. Para guru boleh marah saya, tapi saya minta maaf. Saya tidak akan benarkan adik pergi ke sekolah pada September depan.

“Dengan vaksin belum dapat lagi? Covid-19 itu perkara benar. Saya tak boleh ambil mudah,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.

Hantaran berkenaan memaparkan Sweet, 24, berkongsi satu artikel berkenaan sesi pembelajaran pelajar sekolah dengan tajuk ‘Pembukaan Sesi Persekolahan 1 September Ini Wajar Dikaji Semula’.

Pada masa sama, pelakon drama Bidadari Salju itu berpendapat, keputusan untuk memastikan pelajar terlibat diberi vaksin apabila sekolah dibuka nanti adalah satu langkah yang salah.

“Bukan langkah yang betul kalau kalian putuskan mereka perlu ke sekolah dan terima vaksin semasa sekolah dibuka kelak.

“Melainkan, jadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin untuk pelajar. Dah selesai dua dos, baru boleh buka sekolah,” ujarnya lagi sambil menanda Instagram Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Julai lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka untuk PdP bersemuka bermula 1 September depan dengan mengambil kira kadar vaksinasi semasa.

Malah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun hari ini memberitahu bahawa kerajaan dalam pertimbangan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sebelum atau apabila sesi persekolahan dibuka kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI