fbpx

Tembakan : TUDM serah siasatan pada PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUDM Kota Samarahan

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan telah berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warganya di unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak ketika anggota berkenaan sedang bertugas kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak PDRM selesai.

“Seterusnya, TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian tembakan yang mengorbankan empat anggota TUDM yang dikatakan sedang bertugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

Kejadian telah mengakibatkan dua anggota TUDM maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI