fbpx

Projek perintis peranti elektronik pantau kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan bakal melancarkan projek perintis gelang pengawasan elektronik melibatkan 1,000 individu sebelum diperluaskan membabitkan 30,000 individu lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, peranti khas itu akan memantau kawalan kuarantin kendiri para pesakit di kediaman dengan menggunakan teknologi identifikasi berasaskan frekuensi radio dan dipasang kad modul pengenalan pelanggan (SIM) boleh dijejak sistem posisi sejagat (GPS).

“Ini menggantikan gelang jenis plastik biasa berwarna merah jambu, namun buat permulaan ia cuma meliputi pengembara luar yang tiba di Malaysia dan kontak rapat bergejala,” jelasnya pada sidang akhbar khas kementerian tersebut di sini hari ini turut yang disertai oleh Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Mengulas lanjut, Chee Kheong berkata, pihak kementerian itu akan bekerjasama dengan polis jika berlaku pelanggaran kuarantin oleh individu terbabit yang dikesan cuba keluar dari rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI