fbpx

Penduduk PKPD Kuala Tahan ‘kenduri’ ikan patin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Nazlan Idris (kiri) dan Abdul Jalil (kanan) menunjukkan ikan patin hidup yang diagihkan kepada penduduk Kuala Tahan di Jerantut yang dikenakan PKPD.

JERANTUT – Meskipun dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), lebih 2,000 penduduk di Kuala Tahan di sini tetap dapat menikmati ‘kenduri’ ikan patin Sungai Perlok.

Ini susulan tindakan proaktif Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang menyumbangkan lebih 1,200 ekor ikan patin hidup kepada penduduk yang dikenakan PKPD di kawasan Taman Negara berkenaan.

Ahmad Nazlan berkata, agihan ikan patin yang menjadi antara juadah digemari penduduk tempatan itu bertujuan membantu meringankan beban mereka serta menceriakan penduduk yang terpaksa berkurung akibat pelaksanaan PKPD.

“Ikan patin hidup lebih daripada satu tan ini dibawa ke Kuala Tahan dan diaagihkan dengan purata dua ekor bagi setiap keluarga bagi membantu mereka yang menjalani PKPD sejak Isnin lalu.

“Program ini adalah serampang dua mata yang mana kita menolong penternak ikan di Kampung Perlok yang mempunyai stok ikan yang banyak kerana tidak dapat dijual, jadi ikan yang sudah lebih saiz (melebih satu kilogram) ini kita bawa ke Taman Negara Kuala Tahan untuk diagihkan,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, pemberian ikan tersebut amat bermakna dan mengembirakan penduduk yang sedang menjalani PKPD.

Katanya, agihan dilakukan dari rumah ke rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan yang melibatkan agihan kepada kira-kira 550 keluarga di kawasan berkenaan.

“Ini adalah pertama kali ikan patin hidup diagihkan kepada penduduk dalam tempoh pandemik ini, walaupun agak sukar mengagihkan ikan hidup ia berjalan lancar dan siap pada tengah malam,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI