fbpx
Ikan patin asli dari Sungai Pahang tidak akan berbau lumpur selepas dimasak seperti ikan patin dari beberapa negeri lain seperti dari Terengganu dan Perak.

Ikan patin ‘klon’ tak sedap, berbau lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Koperasi Persatuan Penternak ikan sangkar daerah Temerloh pandang serius dakwaan aktiviti ‘mengklon’ ikan patin luar termasuk patin kolam yang dibawa masuk ke Temerloh sebagai ikan ‘ori’ Sungai Pahang.

Pengerusinya, Ibrahim Hussien, 64, berkata, meskipun belum ada bukti jelas, namun isu berkenaan suatu yang mengejutkan kepada penternak yang berkecimpung puluhan tahun dalam industri itu.

“Seramai 118 ahli koperasi bagaimanapun komited mempertahankan ikan patin sangkar ‘ori’ dan tidak sama sekali me­lakukan perkara tidak baik hanya untuk mendapat keuntungan berganda yang boleh menjejaskan minat penggemar ikan patin sangkar ‘ori’.

“Malah kita sering mengingatkan ahli dan pengusaha sangkar patin Temerloh menjaga kua­liti ikan yang dipelihara supaya menu masakan ikan patin tetap enak digemari semua golongan.

“Walaupun ada dengar cakap-cakap ikan luar seperti dari Terengganu, Perak dan Pekan tetapi setakat ini tiada bukti bergambar dan visual adanya sindiket ‘menghalalkan cara’ demi keuntungan,” katanya di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan Temerloh yang sememang­nya menjadi lokasi popular bagi penggemar ikan patin kini berdepan isu baharu apabila ada pihak lain dikatakan telah membawa ikan jenis itu dari luar daerah sebelum diklon dan dijual sebagai ikan patin Temerloh.

Tindakan tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan kelazatan dan keaslian ikan patin Temerloh yang biasanya hanya diperoleh dari sungai dan sangkar di Sungai Pahang.

Ia berbeza dengan ikan patin dari luar Temerloh terutama yang diternak di kolam kerana didakwa berbau lumpur.

Dalam pada itu Ibrahim mencadangkan supaya pihak berkuasa dapat memberi persijilan khas kepada penjual dan penternak ikan patin sangkar sungai untuk memastikan pengguna hanya mendapatkan ikan patin ‘ori’ dari sungai Pahang.

Sementara itu seorang penternak ikan patin, Kamar Syazli Salim,56, dari Pengsenam menyifatkan jika ada peniaga atau penternak mengambil patin luar terutama dari Perak mereka dianggap mengkhianati diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN