fbpx

11 kit ujian kendiri Covid-19 diluluskan MDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sudah meluluskan 11 kit ujian kendiri Covid-19 setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kesemua kit berkenaan telah melepasi ujian prestasi dan memenuhi keperluan-keperluan ditetapkan sebelum diberikan kelulusan bersyarat.

Beliau berkata, kit-kit ujian itu telah dibekalkan ke farmasi-farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan untuk dibeli oleh orang ramai.

“Daripada 11 kit ujian itu, tujuh kit ujian  menggunakan sampel saliva dan empat lagi menggunakan sampel nasal swab.

“Senarai penuh kit ujian yang sudah diluluskan boleh diperoleh menerusi laman web MDA,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI