fbpx

Ronald nafi khabar angin PM letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee menafikan sebarang khabar angin mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

Beliau berkata, malah sidang Parlimen dijadualkan pada 6 September berdasarkan notis yang diterima sebelum usul undi percaya bagi menentukan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri diadakan sehari selepas pembukaan sidang Dewan Rakyat.

“Saya tidak terlibat dalam perjumpaan bersama Perdana Menteri malam tadi, itu perjumpaan dalam kalangan ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN), saya tiada butiran.

“Buat masa sekarang mengikut jadual sidang Parlimen dijangka diadakan pada 6 September depan dan sebarang perubahan tarikh akan ditentukan oleh ketua majlis manakala sidang Parlimen khas akan ditentukan oleh Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Jabatan Perikanan di Wisma Tani di sini hari ini.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yakin, parti-parti dalam komponen PN akan terus memberi kepercayaan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI