fbpx

Dron bantu pantau PKPD di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (kanan) menerima sumbangan dron daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Muhammad Sanusi, hari ini.

ALOR SETAR – Polis Kedah menerima empat set dron dan 20 pendingin hawa mudah alih daripada kerajaan negeri untuk digunakan sepanjang penugasan Ops Covid termasuk di sekatan jalan raya (SJR) dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dron tersebut telah digunakan di beberapa lokasi antaranya di kawasan PKPD Bukit Malut, Langkawi dan Tapak Bina Hospital Pendang dekat sini selain dalam Ops Bantu di Yan dan Kulim.

“Dron ini banyak membantu dalam usaha memantau laluan keluar masuk sesuatu kawasan dan usaha mengesan penjenayah dapat turut ditingkatkan selepas ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Pendingin Hawa Mudah Alih dan Dron yang dianggarkan bernilai RM50,000 daripada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, pendingin hawa mudah alih itu akan diletakkan di lokasi SJR di seluruh negeri ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI