fbpx

512 kes Covid-19 anggota polis, keluarga dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria (tiga dari kiri) menerima sumbangan barang keperluan pada Program 'inisiatif Ops Bantu IPK Negeri Sembilan'. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seramai 512 anggota polis di Negeri Sembilan dan ahli keluarga terdekat dikesan dijangkiti Covid-19 sehingga Ogos tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata, jumlah yang dicatatkan sehingga semalam itu menunjukkan peningkatan berbanding 545 kes Covid-19 melibatkan anggota polis dan ahli keluarga yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

“Sebanyak 512 kes Covid-19 dalam kalangan anggota polis dan ahli keluarga dikesan dan dikuarantin tahun ini (sehingga semalam).

“Setakat ini, satu kes kematian melibatkan anggota polis dan satu kes kematian ahli keluarga dilaporkan, manakala majoriti kes Covid-19 lain berada pada tahap satu dan dua,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menerima 1,000 pek sumbangan barang keperluan sempena program Ops Bantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan daripada Presiden Dou Yee Manufacturing Sdn. Bhd., Tan Say Kee untuk diagihkan kepada golongan yang terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI