fbpx

Stor transit seludup minyak ke negara jiran diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak bersubsidi yang ditemui disimpan di dalam lori dan sebuah stor penyimpanan di Pasir Mas, Kelantan yang diserbu pihak KPDNHEP baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Sebuah stor penyimpanan di Pasir Mas, Kelantan diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu kerana disyaki menjadi tempat penyimpanan dan transit minyak masak bersubsidi sebelum sindiket menjalankan aktiviti penyeludupan ke negara jiran.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Pasukan Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor dan Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Batalion 8 hasil maklumat Seksyen Perisikan KPDNHEP Putrajaya ke atas sebuah premis pemborong dan pembungkus minyak masak di Melaka.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Operasi, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP,  Shamsul Nizam Khalil, pihak berkuasa telah mengenal pasti sebuah lori mencurigakan dan disyaki digunakan oleh sindiket untuk mengangkut minyak masak bagi tujuan menjalankan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi.

Beliau berkata, pemeriksaan kemudian menemui 17,000 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi 1 kg berada di dalam lori dan sejumlahnya telah dipindahkan ke dalam stor tersebut.

Menurutnya, modus operandi sindiket adalah mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi daripada syarikat pembekal di Melaka dan sekitar Lembah Klang dengan menggunakan lesen daripada syarikat lain.

“Berdasarkan dokumen yang dijumpai, minyak masak ini sepatutnya dihantar ke salah sebuah pemborong di Melaka namun didapati ianya telah diseleweng dan dibawa masuk ke Kelantan sebelum diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki dikenal pasti pemandu dan kelindan lori tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan manakala kenderaan terbabit telah disita.

“Selain itu, beberapa dokumen berkaitan penjualan minyak masak disita untuk siasatan lanjut,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI