fbpx

Rugi RM36,990 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Raub mengalami kerugian RM36,990 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertainya melalui laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa menekan satu pautan pada iklan pelaburan di laman sosial berkenaan.

“Mangsa kemudian menerima pesanan WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai Kelvin dari syarikat GM1 Capital yang menawarkan beberapa pakej pelaburan kepada mangsa.

“Mangsa memilih pakej yang paling murah dan telah membuat bayaran sebanyak RM650 ke akaun yang diberikan suspek pada 14 Julai lalu,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selepas membuat bayaran, mangsa diminta membuat bayaran lagi untuk tambahan pakej lain dan mangsa membuat sekali lagi bayaran sebanyak RM600 pada hari sama.

Tambahnya selepas itu mangsa menunjukkan cek keuntungan yang diperolehi suspek sebanyak RM50,000 dan suspek diminta lagi membuat pembayaran untuk mendapat lagi keuntungan pelaburan.

“Selepas itu mangsa diminta untuk membuat bayaran bagi menerima wang keuntungan dan dalam tempoh 16 Julai hingga 30 Julai lalu, mangsa sudah membuat 14 kali bayaran ke empat akaun berbeza berjumlah RM35,740.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, pada 3 Ogos lalu, mangsa telah pergi ke bank untuk melihat baki akaunnya namun mendapati wang keuntungan tidak dimasukkan ke akaunnya seperti yang dijanjikan suspek.

“Mangsa menghubungi suspek untuk bertanyakan hal itu namun suspek meminta mangsa membuat pembayaran lagi tetapi mangsa tidak berbuat demikian sebaliknya tampil membuat laporan polis kerana tertipu dan mengalami kerugian sehingga RM36,990,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI