fbpx

Melaka mohon tambah kontena mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Kerajaan negeri telah membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menambah sebuah kontena mayat sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes kematian akibat Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat selepas kapasiti bilik mayat di Hospital Melaka telah mencapai tahap maksimum.

Katanya, setakat ini pusat perubatan itu mempunyai sebuah bilik sejuk yang boleh menempatkan sebanyak 26 kes (jenazah) membabitkan kes Covid-19.

“Pada dua minggu lalu kita telah memohon dengan KKM untuk menambah sebuah lagi kontena bilik sejuk untuk menempatkan mayat pesakit Covid-19 di Hospital Melaka.

“Langkah ini dibuat selepas mendapati kapasiti kontena sedia ada telah mencapai tahap penggunaan maksimum dengan sebagai contoh baru-baru ini sebanyak 22 daripada keseluruhan 26 ruang peti sejuk telah penuh dan hanya berbaki empat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kampung Bukit Nibong, di sini, hari ini.

Tambahnya, kontena yang dimohon akan diletakkan di Jabatan Forensik Hospital Melaka dan dijangka mampu menempatkan sebanyak 20 kes.

Ujarnya, beberapa hari selepas membuat permohonan pihaknya turut dihubungi individu perseorangan menyatakan hasrat untuk menyumbangkan sebuah kontena mayat bagi kegunaan hospital terbabit.

“Sudah pasti kita akan menerimanya walaupun setakat ini keperluan kita hanyalah sebuah sahaja lagi kontena mayat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kini kerajaan negeri juga telah membenarkan operasi pusat pembakaran mayat bukan Islam dilanjutkan daripada pukul 4.30 petang kepada 10 malam.

“Kes kematian dilihat semakin meningkat dan pengurusan jenazah pula mengambil masa bagi urusan bedah siasat serta pengesahan jangkitan Covid-19 sebelum mayat boleh dikebumikan.

“Jadi, kita telah bersedia dengan pelbagai cara lain antaranya membenarkan operasi pusat pembakaran mayat bukan Islam dilanjutkan sehingga pukul 10 malam,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI