fbpx

‘Idolakan Blackpink, BTS dapat apa? Pahala pun tak dapat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMALAM, Shuib sempat menasihati golongan ibu bapa supaya menegur sikat obses anak-anak terhadap golongan artis seperti BTS atau Blackpink.

PETALING JAYA – “Marah anak kita kalau mengidolakan BTS, Blackpink. Minta maaf cakap.”

Itu teguran rawak pelawak dan usahawan, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad buat orang ramai terutama anak muda Islam yang terlalu obses dengan perihal dunia yang melalaikan.

Barangkali kedengaran keras teguran berkenaan namun tersembunyi 1,000 kebenaran. Kata bapa kepada empat cahaya mata itu, Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang patut diidolakan ramai namun ada dalam kalangan umat Islam yang tidak cakna tentang perihal tersebut.

“Minta maaf cakap. Kalau ada Army (kelab peminat BTS) apa semua, saya minta maaf. Bukan itu yang patut kita idolakan. Sudah terang lagi bersuluh, siapa yang patut kita idolakan.

“Manusia paling mulia di dunia ini. Allah itu Maha Bijak, Maha Segala. Dia turunkan Nabi Muhammad SAW, kita ini umat Nabi Muhammad.

“Allah turunkan Nabi Muhammad. Dia (Tuhan) dan bagi contoh, apa yang kita ini susah sangat tak mengerti?,” kata Shuib menerusi siaran langsung Instagram malam tadi.

Getus rancangan realiti, Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011 itu, tiada kelebihan mengidolakan manusia selain Rasulullah.

“Kenapa nak idolakan Blackpink, BTS, dapat apa? Pahala pun tak dapat,” ujarnya.

Semalam, Shuib berdepan detik paling getir dalam kehidupan apabila isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI