fbpx

Prof. Muhaya sebak ketika ‘live’ doakan Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'live' Prof. Muhaya ketika membacakan doa untuk Allahyarham Siti Sarah menerusi laman Instagram beliau hari ini.

PETALING JAYA – Pakar mata, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad tidak terkecuali berkongsi kedukaan atas pemergian Siti Sarah Raisuddin dan turut mendoakan Allahyarham secara ‘live’ menerusi plaform Instagram beliau, hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai beberapa momen yang istimewa dengan pelantun lagu Kesetiaan itu selain menyifatkan arwah mempunyai sifat merendah diri dan antara individu yang setia menyokong dirinya.

“Bonda pernah masa buat umrah tiba-tiba teringat pada Siti Sarah dan bonda hantar mesej kepadanya. Masya-Allah. Masa bonda viral dulu dia ada hantar mesej panjang untuk bonda.

“Bonda jumpa satu video pembantu rumah bonda minta dia nyanyi lagu Semakin. Dia berjalan masuk ke dapur siap pegang dan pandang wajah pembantu bonda dengan senyum, hormat sambil menyanyi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau berkata, kematian merupakan rehat kepada orang mukmin dan antara ‘pencen’ atau bekalan mereka yang telah meninggal dunia untuk dibawa pulang ke negeri abadi ialah anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat.

Pada penghujung ‘live’ yang berdurasi 14 minit 39 saat itu beliau turut membacakan doa dengan nada sebak dan memohon urusan keluarga Siti Sarah terutamanya suami dan anak-anaknya dipermudahkan.

“Hari ini, hari ini terakhir tahun 1442 Hijrah. Semoga taman syurga buat Allahyarhamah Siti Sarah yang kita kasihi kerana Allah,” katanya.

“Kita ramai apa kata kita doakan kesejahteraan, ketenangan Shuib dan anak-anak. Kita bagi sokongan kepada Shuib dengan doa supaya diberi ketabahan dan kekuatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI