fbpx

Penolong jurutera PBT, pemilik syarikat kontraktor ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pemilik syarikat kontraktor dan seorang penolong jurutera sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini kerana kesalahan mengemukakan dokumen palsu, semalam.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua suspek merupakan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 36 dan 45 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor di sini pada pukul 6 petang.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati penolong jurutera tersebut telah bersubahat bersama pemilik syarikat kontraktor yang mempunyai dua syarikat berdaftar miliknya dengan mengemukakan dokumen dan sijil mengandungi butiran palsu.

“Antara dokumen berkenaan termasuklah Perolehan Kerja Kerajaan CIDB, Perakuan Pendaftaran CIDB Malaysia dan sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

“Dokumen tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak PBT berkenaan bagi mendapatkan kelulusan kerja-kerja di pihak berkuasa tempatan itu sepanjang tahun 2018 sehingga 2020,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, antara projek berkaitan adalah Kerja Mengikis Permukaan Jalan, Menurap Semula Jalan serta Mengecat Semula Petak Meletak Kenderaan yang melibatkan jumlah keseluruhan tuntutan lebih RM350,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat pihaknya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI