fbpx

Bapa Amylea Azizan tenat, peluang tipis, harap keajaiban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMYLEA AZIZAN memaklumkan situasi kesihatan bapanya yang semakin merosot.

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan memaklumkan berita duka bahawa tahap kesihatannya ayahnya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin merosot hari ini.

Amylea menerusi satu hantaran Instagram, memberitahu pihak hospital telah menghubungi ibunya bagi memaklumkan sebarang risiko yang bakal kami hadapi.

“Tahap kesihatan ayah saya semakin menurun hari ini. Doktor telah hubungi ibu saya untuk beritahu hal yang dijangka berlaku.

“Harapan untuknya sembuh tipis dan sekarang hanya keajaiban sahaja yang kami harapkan. Saya buntu,” katanya dalam entri tersebut.

Memohon doa daripada semua pihak, pelantun lagu Kendati itu harap orang ramai dapat sedekahkan bacaan Yasin untuk ayahnya.

“Mohon semua mendoakan dan sedekahkan bacaan Yasin untuknya.

“Kepada yang mengenalinya, maafkan ayah saya sekiranya ada dosanya dengan kalian,” katanya lagi.

Difahamkan, keadaan kesihatan bapanya masih belum stabil akibat jangkitan kuman di paru-paru serta mempunyai darah beku di saluran jantung

Kosmo! pada 31 Julai lalu melaporkan Amylea akhirnya terpaksa merayu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan derma kilat bagi tujuan pembiayaan kos rawatan bapanya yang dimasukkan ke IJN pada akhir Julai lalu.

Kata Amylea, dia terpaksa menepis rasa malu memohon bantuan kewangan daripada orang ramai demi untuk melihat bapanya sembuh seperti sediakala. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI