fbpx

Sembunyi daun ketum dalam kandang kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 656 kg daun ketum yang disembunyikan dalam kandang kambing di Felda Mata Ayer dirampas anggota PGA pada kelmarin.

PADANG BESAR – Taktik licik tiga lelaki menyembunyikan 656 kilogram (kg) daun ketum di dalam kandang kambing di Felda Mata Ayer di sini berjaya dibongkar Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara pada kelmarin.

Pegawai Pemerintah Medan Markas Taktikal PGA Briged Utara, Deputi Superintendan Mohd. Razali Melin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, anggota pasukan Batalion 2 PGA Kulim melakukan operasi membanteras penyeludupan di kawasan tersebut.

Katanya, anggota kemudiannya terserempak dengan tiga suspek termasuk seorang warga Thailand dalam keadaan mencurigakan.

“Tiga suspek berusia antara 32 dan 33 tahun ditahan dan pemeriksaan menemui 23 guni putih mengandungi daun hijau disyaki daun ketum di dalam kandang kambing itu.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek itu dipercayai menjadi anggota sindiket yang cuba menyeludup daun ketum ke Thailand menggunakan lorong-lorong tikus di sekitar sempadan negara di Padang Besar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Razali, pihaknya turut merampas dua motosikal yang dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan selain empat telefon bimbit pelbagai jenama.

“Suspek yang berasal dari Thailand didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta perjalanan yang sah dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI