PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap pada pukul 4.30 petang nanti.
Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri menerusi poster rasmi yang diedarkan di kumpulan WhatsApp media Pejabat PM.
Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19 akan diumumkan dalam masa terdekat. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














