fbpx

Kelonggaran individu lengkap vaksin mulai Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengembara warganegara atau bukan warganegara yang tiba dari luar negara yang lengkap menerima suntikan vaksinasi dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital bermula Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasangan suami isteri jarak jauh yang memenuhi syarat berkenaan turut dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

“Selain itu ibu bapa yang mendapat vaksinasi lengkap turut boleh merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak yang berumur 18 tahun ke bawah.

“Kebenaran di masjid solat dan surau solat turut diberi kepada jemaah yang telah menerima dua dos lengkap suntikan vaksin,” katanya dalam sidang media secara langsung di sini hari ini

Tambahnya, kemudahan serupa turut diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat dengan pelaksanaannya tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi rumah ibadat selain Islam.

Seseorang diiktiraf menerima vaksinasi lengkap tertakluk kepada jenis vaksin yang memerlukan dua dos iaitu individu yang menerima Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Manakala individu berkenaan harus melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos seperti Johnson & Johnson dan CanSino. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI