fbpx
Adham

Johor terima dua juta dos vaksin bulan ini – Adham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Johor akan menerima tambahan bekalan dua juta dos vaksin Covid-19 sepanjang bulan ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.

Adham berkata, tambahan bekalan sejumlah dua juta dos vaksin Covid-19 itu meliputi semua jenis vaksin yang telahpun mendapat kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA).

Menurutnya, vaksin ini akan diagihkan ke seluruh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdapat di negeri Johor.

“Sehingga hari ini, sejumlah 1,362,398 orang telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di negeri Johor.

“Manakala sejumlah 540,895 individu telah menerima suntikan dua dos vaksin,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN