ISKANDAR PUTERI – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yakin seramai 90 peratus populasi dewasa Johor bakal menerima suntikan vaksin lengkap menjelang akhir September ini.
Beliau yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Industri turut memberitahu, perkara itu akan dicapai disebabkan beberapa faktor iaitu pertambahan bekalan vaksin ke negeri ini dan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu.
“Ketika ini kapasiti suntikan vaksin di Johor adalah sekitar 71,000 dos sehari di kesemua 259 PPV yang terdapat di seluruh Johor.
“Namun dengan pertambahan jumlah bekalan vaksin dan cadangan pembukaan dua lagi PPV iaitu di Iskandar Malaysia Studios dan di Arena Larkin, kami yakin kapasiti suntikan boleh dipertingkatkan kepada 90,000 dos sehari,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melawat tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Iskandar Malaysia Studios, di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














