fbpx

Rahman Dahlan letak jawatan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

PETALING JAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah(UMS) serta merta.

Perletakkan jawatannya itu dikatakan selaras dengan keputusan yang telah diputuskan di dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu.

“Maka, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah dengan serta merta.

“Tambahan itu, UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub di dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Abdul Rahman turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang kepadanya selama ini.

“Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.

“Akhir kata, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Universiti Malaysia Sabah kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya di Universiti tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI