fbpx

PM seru rakyat kibar Jalur Gemilang di kediaman, kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia diminta menterjemahkan solidariti cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan juga sebagai tanda kebersamaan rakyat melawan pandemik Covid-19.

“Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia dalam mendepani apa jua cabaran mendatang.

“Saya berharap kita dapat bersama membentuk solidariti dengan megah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang bersatu padu melawan Covid-19,” katanya semasa menyampaikan Amanat Perdana sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI