fbpx

MB Kedah mohon maaf isu jenaka kontena mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) melawat PPV Outreach IPT di UUM di Sintok hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

SINTOK – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini memohon maaf atas keterlanjurannya bergurau mengenai isu kontena penyimpanan mayat yang menjadi kontroversi semalam.

Menurut Muhammad Sanusi, jenakanya itu telah diambil di luar konteks ketika beliau tidak berniat untuk bergurau dengan semua orang.

Sebaliknya katanya, gurauan itu hanya ditujukan kepada golongan wartawan di negeri ini yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dalam kerjayanya.

“Kan saya ini suka bergurau, tetapi gurauan semalam itu agak kasar. Jadi saya nak maklumkan bahawa saya bergurau dengan wartawan yang telah dianggap sebagai ahli keluarga dan adik-adik saya.

“Mereka (wartawan) tahu bagaimana karakter saya yang suka bergurau. Tetapi oleh kerana ada pihak tersinggung dan terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan ini untuk memohon maaf,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini

Dalam sidang akhbarnya di PPV Mega Amanjaya Sports Arena di Sungai Petani dekat sini semalam, Muhammad Sanusi berjenaka dengan menyatakan jumlah kontena penyimpanan mayat di Kedah mencukupi dan meminta sesiapa yang hendak masuk ke dalamnya memberikan nama. K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI