fbpx

Leicester tidak mahu beri The Citizens laluan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODGERS mengakui beliau mungkin hanya akan menurunkan skuad kedua untuk aksi bertemu City nanti. – TWITTER LEICESTER CITY

LONDON – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers mengakui pasukannya sudah tidak sabar untuk turun menentang Manchester City pada aksi Piala Perisai Komuniti yang akan berlangsung tengah malam ini.

Katanya, semangat para pemainnya kini memuncak ter­utama apabila mereka bakal berdepan pemain termahal Liga Perdana Inggeris, Jack Grealish yang melengkapkan perpindahan ke Etihad dengan nilai £100 juta (RM586.96 juta).

The Foxes mempunyai pe­ngalaman manis di Stadium Wembley pada Mei lalu apabila berjaya merangkul kejuaraan Piala FA dengan menewaskan Chelsea 1-0 sekali gus membuatkan mereka percaya mampu menewaskan pasukan yang besar dan kaya.

“Anda boleh melihatnya menerusi dua cara. Pertama, me­nyerah kalah kerana beza pasukan anda dan pasukan lawan sangat ketara atau mencipta satu budaya untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih kompetitif.

“Kami sedar mengenai tahap kami dan mereka berbeza pada aksi Liga Perdana Inggeris tetapi ia tidak akan membuatkan kami mengalah daripada terus memberikan saingan.

“City adalah sebuah pasukan yang dipenuhi pemain bintang dan penyandang juara selain memiliki pengurus yang hebat.

“Mereka membina pasukan untuk memenangi kejuaraan. Kami pula mempunyai sumber yang terhad tetapi akan cuba untuk memberikan cabaran,” katanya.

City berjaya memenangi Piala Perisai Komuniti sebanyak enam kali dalam 12 penampilan mereka terutama sejak 2019.

Leicester pula sudah tiga kali beraksi dalam saingan ber­kenaan iaitu kali terakhir ketika mereka tewas 1-2 kepada Manchester United pada aksi 2016.

Rodgers juga mengakui beliau mungkin terpaksa menurunkan barisan kedua Leicester pada aksi berkenaan selepas pemain-pemain utamanya masih belum cergas selepas baharu sahaja pulang dari percutian musim panas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI