fbpx

HRPB nafi bekalan ubat terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menafikan dakwaan bahawa bekalan ubat-ubatan di hospital itu terputus ekoran pandemik Covid-19 seperti yang dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman sebaliknya berkata, bekalan ubat-ubatan untuk rawatan pesakit Covid-19 akan dibekalkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan perolehan.

Menurut beliau, HRPB mengambil maklum berkenaan isu yang ditularkan berkaitan gangguan bekalan stok ubat akibat wabak Covid-19 di mana memo dalaman hospital telah disebarkan.

“Memo dalaman ini adalah berkaitan gangguan ubat-ubatan peringkat global untuk edaran dan makluman semua Ketua Jabatan HRPB sahaja.

“Memo tersebut dikeluarkan sebagai persediaan awal serta disusuli tindakan yang terancang untuk mengatasi masalah gangguan bekalan ubat–ubatan bagi mengelakkan putusnya perawatan pesakit,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Kenyataan akhbar HRPB berkaitan dakwaan bekalan ubat-ubatan di hospital itu terputus sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita tempatan baru-baru ini.

Beliau berkata, permintaan penggunaan ubat yang tinggi untuk rawatan pesakit Covid-19 di seluruh dunia menyebabkan sebahagian besar ubat-ubatan untuk rawatan penyakit itu meningkat secara mendadak sejak Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, bekalan ubat-ubatan tersebut tidak terputus sepenuhnya dan dibekalkan secara berperingkat-peringkat.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI