fbpx

Durian penghibur jiwa ketika Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Seorang rakan sangat tidak menyukai durian. Kebencian terhadap apa yang disebut raja buah itu sangat ketara sehingga bau durian tidak boleh menembusi hidungnya.

Dia bernasib baik kerana musim Covid-19 dua lapis pelitup dapat filter bau durian. Tetapi keluarganya paling kesian – No Entry untuk durian di rumah.

Tetapi kepada sebahagian besar rakyat negara ini, musim durian ini seperti kedatangan Krismas di Eropah. Ia masa untuk ‘merasai’ buah yang dianggap seperti epal atau anggur kepada orang putih.

Mungkin kerana itu orang dahulu mengukir peribahasa dan pantun Melayu berdasarkan ‘tenungan’ yang penuh bijaksana.

Seperti ‘pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti.’ Ini kerana sesiapa yang arif mengenai pisang emas, buahnya akan menguning satu demi satu. Jadi semasa pelayaran, akan ada cukup makanan sepanjang perjalanan.

Begitu juga durian. Kerana itu mungkin orang mencipta peribahasa Melayu ‘durian runtuh’ dan bukan ‘manggis runtuh’ kerana besarnya kesan buah itu kepada orang ramai.

Jadi isu penebangan kira-kira 15,000 pokok durian musang king ‘haram’ di Raub mendapat perhatian. Kerana ia pokok durian. Adakah ia akan menjadi sekecoh ini jika rambutan atau kuinin?

Sebenci mana pun kepada raja buah, musim durian tahun ini adalah seperti air sejuk penghilang dahaga ketika keributan Covid-19. Di mana-mana sahaja jualan durian, ramai akan berkumpul.

Kumpulan WhatsApp sibuk berbincang mengenai harga, di mana murah, buah dari mana, dan yang mana sedap.

Daripada durian kampung kepada musang king kepada duri hitam dan durian hijau Beserah dan durian Chok Villa. Entah berapa banyak jenis durian. Tetapi berdasarkan liputan, sememangnya durian adalah ‘king’.

Di mana-mana sahaja ada tempat menjual durian, maka berpusu-pusu manusia mengerumuni tempat itu seperti jualan murah. Lupa kepada SOP atau penjarakan fizikal, yang penting buah terbaik.

Longgok sahaja atau jual berbakul, pasti akan ada pelanggan. Harga selalunya memainkan peranan tetapi akhirnya kemahuan mengatasi rasional harga. Itu power yang ada pada durian berbanding buah-buahan lain.

Kepada ramai orang, musim durian ini adalah seperti penyelamat. Ia memberi kesyahduan sementara ketika igauan ngeri Covid-19.

Ia penawar yang mengubat kepada segala kekecohan yang merobek jiwa hari ini. Ya, mungkin kes meningkat sehingga 20,000 atau mungkin 30,000 sehari. Mungkin ada yang tidak lagi peduli jumlah kes.

Ketika kekecohan politik, semua pihak mendakwa ada majoriti, masa untuk menilai siapa ikhlas atau siapa katak, apa yang penting dalam masa beberapa minit untuk merasai durian itu seperti pelepas kepada segala kegusaran, kebingungan dan kebodohan di dunia ini.

Terima kasih durian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI