fbpx

‘Tidak mahu lari medan perang’ – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenankan kerajaan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, YDPA turut bersetuju memberi perkenan satu usul undi percaya dibentangkan dalam Parlimen dan Ahli Parlimen boleh menentukan pendirian menyokong atau tidak menyokong kerajaan sama ada masih boleh berfungsi dalam sidang Parlimen September depan.

Tambahnya, ia jelas membuktikan pihak istana tidak menerima akuan bersumpah (SD) atau surat-surat sokongan dan jelas kenyataan Presiden UMNO yang menyatakan beliau akan menghantar nama bertentangan dengan perkenan dan keputusan YDPA.

“Jika tindakan kita meruntuhkan kerajaan bermakna kitalah yang menggagalkan hasrat titah baginda supaya Parlimen bersidang dan keabsahan kerajaan ditentukan dalam Parlimen.

“Jadi tidak timbul isu ahli Parlimen derhaka sebagainya. Mungkin yang derhaka pihak yang melanggar titah YDPA supaya perkara ini dibawa ke dalam Parlimen pada bulan September,” katanya dalam sidang akhbar secara langsung di ibu kota hari ini.

Ismail berkata, tumpuan akan diberikan untuk terus membantu kerajaan dalam menyelesaikan isu pandemik dan isu berkaitan rakyat yang ketika ini terjejas dan terkesan dengan wabak Covid-19.

Katanya, sebagai wakil rakyat terutamanya dalam kalangan menteri yang kini diberi tugas di barisan hadapan untuk menyelesaikan isu berkaitan Covid-19 dan penyelesaian ekonomi rakyat pihaknya merasakan bahawa adalah tidak bertanggungjawab jika mereka meninggalkan kerajaan secara tergesa-gesa seperti diarahkan parti.

“Menarik diri serta-merta menumbangkan kerajaan dan lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu menjadi pemimpin yang lari dari medan perang. Jadi kita akan terus menyokong berdasarkan apa yang dikatakan tadi iaitu titah daripada YDPA untuk terus kekal bersama kerajaan sehingga keabsahan kerajaan ini ditentukan dalam Parlimen,” ujarnya.

Dalam pada itu itu, beliau berkata surat yang dikeluarkan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberikan tempoh 48 jam untuk Ahli Parlimen UMNO yang terlibat memberi jawapan dilihat bertentangan dengan perundangan.

“Kita merasakan tidak boleh keluar arahan tiba-tiba tanpa berjumpa dan menjelaskan kepada kami. Kepada ahli parti percayalah kami merupakan pemimpin yang setia kepada parti.

“Bagaimanapun setiap tindakan kita jangan sampai merugikan parti dan jangan sampai membebankan rakyat atas setiap tindakan kita,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI