fbpx

KKM akan lapor polis dakwaan sogokan perolehan Moderna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan sogokan dalam proses perolehan vaksin Covid-19 yang dibangkitkan pengamal perubatan swasta, Dr. Musa Nordin baru-baru ini.

KKM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kementerian memandang serius dakwaan tidak berasas yang dibangkitkan oleh Musa itu dan satu laporan polis akan dibuat oleh KKM supaya siasatan lanjut dapat dilakukan ke atas tuduhan berat ini.

“Perbincangan bagi perolehan vaksin jenis Moderna telah diadakan oleh KKM dengan syarikat pengeluar vaksin itu iaitu ModernaTX Inc. pada penghujung tahun lalu.

“Pada 6 Disember tahun lalu, ModernaTX Inc. telah membuat tawaran rasmi vaksin kepada KKM sebanyak 10 peratus daripada populasi Malaysia dan penghantaran bermula pada suku tahun ke-3 hingga suku tahun ke-4 tahun ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI