fbpx

Ibu cemas bayi 8 bulan terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertindak pantas menyelamatkan seorang bayi berusia 8 bulan yang terkunci dalam kenderaan di Taman Desa Skudai, Johor Bahru hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seorang ibu berdepan detik cemas apabila bayinya yang berusia lapan bulan terperangkap dalam kenderaan dalam satu kejadian di Taman Desa Skudai, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau memberitahu pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian pada pukul 8.45 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang bayi lelaki berusia lapan bulan terperangkap dalam kenderaan jenis Proton Persona.

“Tanpa berlengah, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang terkunci dalam tempoh kira-kira lima minit untuk menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya dimaklumkan ibu mangsa meletakkan mangsa di tempat duduk penumpang hadapan sementara dia mengambil barangan lain di dalam rumah sebelum secara tiba-tiba kenderaan tersebut terkunci sendiri dalam keadaan enjin yang tidak dihidupkan.

“Bayi yang terperangkap selama kira-kira 10 minit sebelum berjaya dikeluarkan itu bagaimana berada dalam keadaan selamat,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI