fbpx

Takut baju mereput, Che Ta melaram lagi pergi suntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Rozita Che Wan semasa mendapatkan suntikan vaksin hari ini.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan busana glamor ketika mendapatkan suntikan vaksin dos kedua, hari ini.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu dilihat menggayakan persalinan jubah berona perak dengan perincian labuci berkilauan sambil membawa beg tangan berona senada.

Che Ta secara berseloroh memberitahu, sengaja memberanikan diri ‘melaram’ dengan busana serba mewah kerana bimbang baju-baju cantiknya akan reput jika disimpan terlalu lama terkurung dalam almari.

“Hari ini pergi vaksin sekejap. Yang penting wajib ‘meletop’. Masa sekarang ini, nak simpan baju lawa-lawa takut reput.

“Tak kisahlah duduk rumah ke, pergi vaksin ke, melaram sahajalah. Tak tahu bila lagi boleh melawa. Takut nanti tua dekat rumah sahaja,” tulisnya.

Jika sewaktu mendapatkan suntikan dos pertama pada 16 Julai lalu, ibu kepada tiga cahaya mata itu bermurah hati menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri, kali ini dia akan memberikan petugas barisan hadapan terawal dengan 10 helai tudung bawal, kek lapis pandan cheese dan minyak wangi jenamanya.

Difahamkan, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu mendapatkan suntikan vaksin jenis Pfizer di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur.

Dalam hantaran berbeza, Che Ta berkongsi sebuah video menunjukkan dia berjalan keluar menuju ke kereta selepas selesai mendapatkan suntikan dos kedua vaksin dengan serba anggun seolah-olah berjalan ketika berjalan di atas ‘karpet merah’ majlis hiburan berprestij sehingga mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan artis.

“Makan hati tengok baju pergi cucuk vaksin,” kata pelakon Janna Nick.

“Letupan. Nombor satu model berkelas dunia. Terpelanting semua,” komen Azza Elite.

Sebelum ini, Che Ta mendapat perhatian ramai ketika mendapatkan suntikan dos pertama vaksin apabila tampil bergaya dengan beg tangan mewah jenama Hermes Birkin yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI