fbpx

Muhyiddin mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika berucap sewaktu menyampaikan perutusan khas di stesyen televisyen tempatan sebentar tadi.

PETALING JAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana terpaksa menjelaskan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ketika negara masih bergelut menangani pandemik Covid-19.

“Apa khabar semua? Saya harap saudara dan saudari sekalian sihat walafiat.

“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada saudara dan saudari sekalian kerana dalam keadaan negara kita sedang berhadapan dengan cabaran besar menangani pandemik Covid-19, saya terpaksa tampil menjelaskan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.

Beliau turut menjelaskan untuk tidak mengorbankan prinsip dan membelakangi sumpah jawatan dalam menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

“Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah dan kepada-Nya jua kita berserah,” katanya. K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI