fbpx

Istana Negara jadi tumpuan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas media berkumpul di hadapan Istana Negara menunggu ketibaan Perdana Menteri bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini di Pintu 1, Istana Negara, Kuala Lumpur. -AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Pengamal media daripada pelbagai agensi mula berkumpul di pekarangan Istana Negara di Kuala Lumpur pagi ini untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai situasi semasa politik negara.

Krisis politik negara kembali panas sejak semalam selepas UMNO menerusi sidang akhbar Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan balik sokongan oleh parti itu terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Istana Negara, pengamal media turut dilaporkan tertumpu di kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara selain Putrajaya.

Sejak semalam, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti politik dilaporkan telah mengunjungi kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara untuk membincangkan mengenai perkembangan politik semasa susulan tindakan UMNO menarik diri daripada menyokong kerajaan.

Muhyiddin dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini untuk membincangkan mengenai usul membabitkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI