fbpx

Alang-alang kantoi, Choky bawa kekasih jumpa isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOKY ANDRIANO dan kekasihnya, Intan Permata.

PELAKON sinetron Indonesia Choky Andriano baru-baru ini heboh dengan kisah kecurangannya terhadap isteri apabila kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Intan Permata.

Video-video mesra mereka turut tular dalam media sosial sehingga membuatkan isterinya, Icha naik berang.

Tidak tahan hidup dalam tekanan, Icha dikatakan telah menanggalkan cincin perkahwinan mereka dan keluar dari rumah.

Untuk meredakan keadaan, Choky kemudiannya dikhabarkan telah membawa Intan untuk bersemuka dengan Icha walaupun mengakui berasa takut untuk berbuat demikian.

“Saya dan Intan juga telah meminta maaf kepada Icha,” katanya yang bersyukur selepas tidak terjadi sebarang perkara memalukan selepas kedua-dua wanita itu bertemu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI