fbpx
Daun ketum yang ditinggalkan di tepi muara Kuala Sanglat pada awal pagi tadi.

750kg daun ketum ditinggalkan dalam bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah mematahkan cubaan menyeludup 750 kilogram (kg) daun ketum ke Thailand di kedudukan 0.2 batu nautika dari muara Kuala Sanglang dekat sini hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah bot fiber ditinggalkan di tepi muara dalam keadaan mencurigakan pada pukul 4 pagi.

“Pemeriksaan ke atas bot itu menemui 75 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum dianggarkan seberat 750 kg bernilai RM135,000.

“Hasil rampasan, bot fiber dan enjin bernilai RM198,000 turut dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azreyanti berkata, penyeludup cuba membawa daun ketum ke Thailand melalui jalan laut berikutan harga pasaran semasa di sana mencecah lebih RM180 sekilogram berbanding RM70 sekilogram bagi pasaran tempatan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR