fbpx

‘Jangan bertopengkan malaikat di sebalik perangai syaitan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PETALING JAYA – Berang dengan teguran kasar netizen yang sewenang-wenangnya mempersoalkan ibadah solatnya, penyanyi Baby Shima tampil menempelak sikap golongan sedemikian agar berhenti daripada terus berasakan diri sebagai malaikat.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memberi reaksi kepada individu berkenaan apabila ditegur secara kasar, bahawa tidak ada gunanya solat jika tidak menutup aurat.

“Semalam saya ada post (muat naik hantaran) satu video dalam TikTok. Lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap, ‘Apa guna solat tapi tayang body (badan).

“Seakan-akan kau seorang saja yang boleh solat dan kau boleh tentukan siapa yang sah dan tak sah solat.

“Disebabkan pemikiran kau yang selalu berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following (mengikuti) (TikTok) tu banyak dengan perempuan-perempuan seksi. Bukankah itu namanya munafik? Kalau nak tegur biarlah bertempat dan cermin diri dahulu,” katanya.

Tegas penyanyi yang terkenal dengan lagu Roadblock Hatiku itu, jangan sesekali menilai orang hanya pada luaran tanpa mengetahui niat seseorang itu.

“Cukuplah kau judge (adili) orang. Kau hanya tengok daripada luaran sahaja. Tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Cuma Allah saja tahu,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat serta nasihat.

“Banyakkan bersabar ya dik. Insya-Allah Tuhan tahu apa yang kita lakukan dan niat. Tak perlu kisah dengan apa yang orang nak kata.

“Setuju dengan Shima. Orang macam tu kadang-kadang kita kena sekolahkan sikit baru dia rasa diri dia tu kurang cerdik,” tulis seorang pengikutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI